Dah lame agaknya sejak kali terakhir entry blog aku dipostkan dlm BM. Maka bg tidak kelihatan spt ak memencilkan bahasa ibunda sendiri, entry kali ini

akan
disampaikan sepenuhnya dalam BAHASA MALAYSIA/MELAYU. Kini genaplah satu semester ak bgelar pelajar master di UNIMAS. Dan dlm tempoh masa tersebut sudah banyak pengalaman baru ak b’jaya kecapi. Bertemu rakan2 baru, menjelajah tempat baru dan juga belajar sedikit-sebanyak ttg budaya tempatan. Bcakap pasal budaya tempatan, baru2 ni ak bpeluang merasa kehidupan masyarakat Melayu Sarawak. Semuanya bermula apbl ak dipanggil oleh Kaunselor Unimas utk trt serta dalam program BAKTISISWA KEMAS-UNIMAS 2008 bertempat di Kg Melayu Bakong, Sri Aman.
Program selama satu minggu tersebut dimulakan dgn aktvt orientasi selama 2 hari di Unimas. Memandangkan komitmen yg tinggi terhadap kerja2 penyelidikkan, oleh di sebabkan itu ak x dpt menghadiri sepenuhnya orientasi tersebut. Tetapi apbl shj prog baktisiswa bermula pd 13hb tempoh hari ak tlh berjanji utk komited sepenuhnya kpd objektif dan misi prog t’sebut (kesan mindset yg tlh dilatih semasa giat dgn aktvt pelajar ketika d UKM ). Perjalanan ke Sri Aman memakan masa 3 jam dan utk masuk pula ke kpg angkat kami memakan masa lebih kurang 1 jam. Keadaan di sini jauh berbeza spt d semenanjung. Jika di tpt asal ku perjalanan dgn menaiki bas selama 4 jam blh meliputi jarak 300km ttp di sini jarak d antara Unimas dan Sri Aman lebih kurang 100km shj. Bukan di sebabkan pemandu bas disini terlalu berhati2 semasa memandu ttp semua angkara tiada kemudahan lebuhraya spt lebuhraya di semenanjung. Ditambah lg dengan hanya jalan berbatu dr bandar Sr Amn k kg tersebut.
Setibanya kontijen kami seramai 31 org di kg bakong, kami di sambut meriah oleh penduduk kpg. Siap dgn pakaian boria, bungga manggar dan juga paluankompang. Rasa spt raja sehari…. mcm YB pun ada juga. Seterusnya kami di arak ke tempat perasmian dimana Tn Residen sudah sedia menanti. Ingatkan majlis perasmian akn terus dimulakan, ttp sememangny masy disini melayan kami dgn layanan 1st class. Kami dijamu terlebih dahulu dgn masakan org kpg sblm majlis perasmian bermula. Setelah selesai ucapan oleh semua VIP peserta dr Unimas di agihkan kpd keluarga angkat msg2. Ak dan rakan ku Hairee mendapat keluarga angkat yg sama iaitu keluarga En Abdillah. Apbl kami berdua d bw pulang ke rumah keluarga angkat, alangkah terkejutnya ak apbl mendapati keluarga angkat ku adalah dikalangan org yg berada di kg tersebut. Rumah keluarga angkat ku lengkap dgn segala kemudahan, sesuatu yg jauh drpd apa yg digembar-gemburkan kpd kami oleh
pihak KEMAS. (Mungkin ak bernasib baik ttp dlm semua prog anak angkat yg pernah ak sertai inilah yg plg mewah)
Dipendekkan cerita aktvt kami selama 6 hari disana di isi dgn kegiatan spt lawatan k rumah panjang, ceramah agama, bengkel akademik utk pelajar2 sekolah, gotong-royong, sukaneka, malam kebudayaan dan kenduri kampung. Dan pada 18hb akhirnya kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat keluarga angkat di Kpg Melayu Bakong. Dengan liagan air mata (peserta lain la ak x tngkp leleh hua hua) pd pukul 10 pg bas pun berlalu membawa kami pulang k Unimas. Dan bg aku walaupun ini adalah kali ke 6 ak menyertai prog yg serupa (kini ak ad 5 family angkat: 2 di Kedah, 1 di Slgr, 1 di N9 dan tbaru di Swk), pengalaman kali ini jauh berbeza dgn pengalaman2 baktisiswa @ OPKIM yg lepas. Mungkin antr sebabnya adlh pd baktisiwa kali ini ak hanya mengenali sorang shj drpd 30 perserta yg lain. Jika dulu di UKM, baktisiswa yg aku join di sertai dan dikelolakan oleh sahabat2 sepersatuan ak jg. Maka lebih mudah utk bekerjasama kerna kami sudah sudah mengenali diri masing2. Namun begitu syukur di akhir prog, boleh ak katakan ak dah dpt 29 kwn baru. Disamping itu memandangkan peserta kali ini majoriti org swk, maka scr azalinya mereka bkomunikasi dlm dialek tempatan. Pd mulanya sering kali ak terpinga2 dgn ape yg mereka katakan…. tetapi kini ak dah boleh sedikit sebanyak KELAKA BAHASA SWK (hehe blh la sikit2 setakat kmk, ktk, madah, polah… tu je la, lebih2 sik blh lg). Juga seperkara lg adlh dulu di UKM prog2 spt ini dianjurkan sepenuhnya oleh mahasiswa maka segala gerak kerja dirancang dan dilaksanakan oleh kami sendiri. Ttp disini kami mahasiswa hanya dijemput sebagai peserta dan pengerak semasa on prog, segala idea dan cadangan dr pihak kami x dipedulikan sgt oleh pihak penganjur.
X lupa jg pengalaman berharga kefasilatatoran apbl ak kena jd KF utk bengkel akademik dan ahli panel adhock utk forum bsama ibu-bapa. Namun begitu apa yg lebih penting, ak sendiri dapat melihat dan merasa sedikit sebanyak kehidupan masyarakat di pendalaman. Jika di tpt2 lain kemudahan spt elektrik, air paip dan jln raya blh dikatakan sebagai kemudahan asas. Tetapi d sesetengah tpt disini benda2 tersebut blh dianggap sebagai kemewahan. Bayangkan anda terpaksa bangun seawal 5 pagi utk pegi mandi air gunung, belajar tanpa kemudahan elektrik dan d bwh chy lampu lilin di malam hari. Sukar utk percaya ada yg tpaksa menempuh kepayahan hidup sebegini walaupun negara sudah merdeka lebih dari 50 thn. Dan bagi aku yg x merasa cabaran seumpama itu diharap dgn kedatangan ku dan rakan2 yg lain di bumi Bakong dpt sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada masy disana khasnya pelajar2 sekolah utk memajukan diri.
Entries (RSS)