Assamualaikum wbth. Setelah setahun menanti kini Ramadhan menjelma lagi, bulan yang sinonim dengan bulan bonus ini juga sering dikaitkan dengan makan. Dalam edisi kali ini ingin penulis ungkaikan erti Ramadhan buat diri penulis dan penghayataan bulan terbaik dalam kalendar islam ini oleh muslim muslimat generasi kini.
Mungkin ramai yang bertanya mengapa penulis mengaitkan bulan Ramadhan dengan bonus yang selalunya disebut2 di kala penghujung setiap tahun. Tapi apa yang penulis maksudkan bukanlah bonus dalam erti ganjaran wang yang dinikmati para pekerja, bagi penulis bonus disini adalah ganjaran pahala berlipat-lipat kali ganda bagi setiap ibadah dan perbuatan baik yang kita kerjakan di bulan yang mulia ini. Bagi mereka yang menafsir dengan akal dan iman sudah pasti tidak akan melepaskan peluang yang datang setahun sekali ini untuk menambah stok akhirat mereka dengan memperbanyakan amal ibadah dan jariah. Mungkin juga peluang yang tiba kepada mereka yang cukup bertuah untuk merasai kehadiran bulan ramadhan ini boleh diumpakan dengan skim cepat kaya akhirat dimana jika anda melabur dalam skim ini pulangan yang sangat lumayan boleh dituntut di akhirat kelak. Jauh daripada skim cepat kaya duniawi yang sering kita dengari saban hari, skim ini bebas daripada janji2 palsu dan tipu helah dan ganjaran yang sangat memuaskan adalah 100% guaranteed. Tidak lupa juga dalam pakej ramadhan ini juga disertakan sekali dengan acara cabutan bertuah iaitu sesiapa yang bertuah untuk bertemu dengan malam lailatul qadar akan diberi ganjaran pahala seperti beribadah selama 1000 bulan. Dan jika diterjemahkan dalam bentuk duniawi agaknya bolehlah dibandingkan umpama mendapat gaji berkerja selama 1000 bulan dengan hanya berkerja selama 1 malam sahaja! Jadi inilah yang penulis dapat tafsirkan makna bonus dalam konteks Ramadhan iaitu satu habuan yang Allah SWT berikan kepada umat islam yang datangnya cuma setahun sekali.
Berbalik kepada pengkaitan ke2 yang penulis berikan pada bulan Ramadhan ini iaitu MAKAN. Secara ringkasnya apa yang difahami umum oleh umat islam dari setiap peringkat umur puasa bererti tidak makan dan minum dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. Maka disini pada bulan ramadhan umat islam perlu mengawal nafsu makannya selama sebulan. Namun begitu budaya yang dapat dilihat dikalangan umat islam di Malaysia mengawal nafsu makan ini telah disempitkan hanya diaplikasikan pada siang hari sahaja. Telah menjadi lumrah orang kita disini untuk berbuka dengan berdozen2 jenis makanan setiap kali berbuka puasa. Dengan berbagai jenis nasi dan lauk-pauk, ditop-up lagi dengan beberapa variasi kuih-muih serta diupgrade dengan pelbagai jenis minuman. Mungkin sebab inilah bazar ramadhan tumbuh bak cendawan selepas hujan tiap kali ramadhan tiba bagi memenuhi nafsu makan umat islam di Malaysia. Ini adalah jauh berbeza dengan apa yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, dimana beliau berbuka dengan ala kadar….kadang-kala juadah berbuka puasa beliau sekadar air dan buah tamar. Mungkin satu ‘post-mortem’ perlu diadakan bagi mengkaji semula cara umat islam di negara ini berbuka puasa untuk mengenalpasti kebaikan serta kelemahan budaya kita.
Seterusnya ingin penulis kupaskan erti sebenar puasa khasnya puasa di bulan ramadhan. Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Dalam konteks yang lebih luas puasa buat umat islam adalah satu bentuk latihan mengawal nafsu-nafsu mereka yakni termasuklah nafsu makan, nafsu tidur, nafsu shawat, nafsu amarah dan juga semua jenis nafsu yang lain. Puasa dibulan ramadhan juga dalah salah satu ibadah wajib bagi umat islam yang sudah baligh, bebas dari keuzuran, waras dan juga dalam keadaan sedar. Tapi apa yang dapat diperhatikan berlaku kini dikalangan umat islam khasnya generasi muda, puasa hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum tidak lebih dari itu. Puasa dilaksanakan sekadar melepas batuk ditangga dan hampir digelar budaya orang Melayu di Malaysia. Mengapa penulis berkata sedemikian, kerana pada bulan puasa masih ramai yang bergelumang dengan dosa walaupun sedar diri sedang menjalankan ibadah puasa. Ada yang menunaikan ibadah puasa tetapi ibadah wajib lain seperti solat 5 waktu sehari semalam ditinggalkan dan bila tiba hari raya aidilfitri kita dapat lihat golongan ini berpusu2 pergi ke masjid bagi menunaikat solat SUNAT aidilfitri. Dapat diumpakan seperti memasak mee segera, air panas dan kelengkapan mangkuk, sudu dan garphu sudah disediakan cuma bahan yang terpenting yakni mee segera tiada….maka akhirnya minum je lah air panas. Biasa juga kita lihat aktiviti pergaulan bebas antara lain jantina berlaku dengan istikomah atau consistent sepanjang tahun merangkumi juga bulan puasa. Golongan umat islam ini tidak segan silu tersimpul malu untuk berpegangan tangan ditempat2 awam (amaran tempat tertutup pun hukumnya HARAM!), bertepuk bertampar dan kadang kala ada jua yang tidak segan untuk melakukan aksi2 WWE, ada juga yang berpelukan diatas motor walaupun belum ada sijil nikah serta berbagai, pelbagai dan bermacam perkara2 lain yang sepatutnya tidak diamalkan oleh umat islam sepanjang tahun khasnya dibulan mulia ini. Atas sebab2 inilah ibadah puasa penulis katakan diamalkan atas dasar budaya dan bukanya tuntutan agama, kerana budaya adalah amalan masyarakat setempat dan mungkin benar untuk masyarakat itu sahaja tetapi tuntutan agama adalah perkara yang semestinya yakni wajib dilakukan berlandaskan hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh agama. Maka hairan atau tidak jika kita bertanya pada seseorang mengapa anda berpuasa di bulan ramadhan? Dan dijawabnya : Mestilah saya puasa, puasakan wajib di bulan ramadhan (bagi umat islam). Namun begitu pada masa yang sama individu itu dengan bangganya mendedahkan auratnya untuk tontonan khalayak umum, sedangakan menutup aurat itu juga hukumnya juga WAJIB (diingatkan aurat lelaki adlh diantara bahagian pusat hingga ke lutut dan bagi para wanita yg halal dilihat oleh lelaki bukan muhrim sekadar muka dan kedua2 telapak tangan…). Disamping itu penghayatan bulan puasa bagi sesetengah umat islam juga cuma sekadar hangat2 tahi ayam. Di awal bulan ramadhan kita dapat lihat ketika solat terawih, tu ha! saf sampai ke bahagian belakang masjid. Tapi cuba kita lihat semula dipertengahan dan akhir bulan ramadhan dan kita akan ajaib dengan kehilangan lebih daripada setengah jumlah jemaah yang hadir pada awal ramadhan. Bukankah sepatutnya bilangan jemaah ini meningkat dikala penghujung bulan ramadhan kerana malam yang dinanti-nantikan iaitu malam lailatul qadar hadir pd 10 malam yg terakhir. Satu lagi fenomena yang sering dikaitkan dengan cara umat islam disini menjalankan ibadah puasa adalah ramai yang mengambil peluang pada bulan ini untuk mencari duit lebih dengan berniaga. Ada yang membuka gerai menjual juadah berbuka puasa, ada pula yang sibuk mempromosikan kuih sebagai santapan di aidilfitri dan tidak lupa jua bisnes2 lain yang sering muncul dibulan puasa. Bukan niat penulis untuk mengkritik mahupun mematahkan niat baik golongan2 ini cuma penulis hampa kerana ada segelintir daripada mereka ini begitu taksub untuk mencari keuntungan di dunia sehingga lupa objektif asal Allah SWT mengurniakan bulan ramadhan ini kepada umat islam adalah untuk mengumpul keuntungan di akhirat.
Akhir kata ingatan dan harapan penulis kepada diri sendiri dan umat islam yang lain khasnya yang serumpun dengan penulis agar menilai semula sejauh mana penghayataan bulan puasa yang kita amalkan selama ini dan sejauh mana iannya memenuhi tuntutan syarak dan sunnah Rasulullah SAW. Sama-samalah kita berazam agar ramadhan kali ini membawa seribu pengertian buat diri sendiri dan semoga ramadhan kali ini menjadi prekesur ataupun titik tolak kepada diri yang lebih baik merangkumi aspek duniawi dan ukhwari. Maaf juga dipohon jika apa yang ditulis menguris hati dan perasaan sesiapa jua dan mungkin juga ada yang berbeza dengan pendapat penulis. Namun niat penulis hanyalah menyampaikan apa yang baik dan menegah apa yang buruk. Pada kesempatan ini juga penulis ingin ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang mengenali diri penulis. Sekian assalamuaikum.

Entries (RSS)